|
|
by MOCfx-PC09 on July 02, 2009, 01:07:02 AMSalam sejahtera, Daripada senarai pendaftaran ahli baru yang diberikan oleh Surelaris pada minggu ini, terdapat sejumlah ahli baru MOCfx dari Zon Tengah yang layak menyertai Kelas Asas Forex MOCfx secara offline. Surelaris telah pun mencadangkan agar 1 seisi kelas diadakan di Lembah Klang untuk bulan July 2009 khususnya untuk ahli-ahli baru sahaja. Antara ahli baru dari Zon Tengah yang terdapat dalam senarai tersebut ialah : 1-sugih75 2-asrymuji 3-nurulhana 4-jnreen 5-evo7_7666 6-BFF5527 Mana-mana ahli baru khususnya yang mendaftar akaun EF dengan deposit minimum USD 300 pada Jun & July 2009 tetapi tidak tersenarai, sila emailkan kepada saya di mocfx-pc09@onlinecafe.com.my bagi pendaftaran Seisi July 2009 Zon Tengah. Thanks 70 Views | 0 Replies
|
|
|
by MOCfx-PC09 on July 02, 2009, 12:56:20 AMSalam sejahtera buat ahli MOCfx,
Saya telah dipertanggungjawabkan oleh Surelaris untuk meneruskan semula seisi MOCfx PC09 selepas pihak yang menguruskannya sebelum ini tidak dapat meneruskan MOCfx PC09 atas faktor komitmen lain. Beberapa cadangan telah dibuat untuk memperkemaskan seisi MOCfx PC09 terutamanya yang akan dijalankan secara online.
Oleh itu pihak MOCfx memerlukan beberapa tenaga pengajar bagi Kelas Asas Forex MOCfx 2009 secara online. Kelas akan dijalankan menggunakan Yahoo! Messanger / Skype atau Chatroom MOCfx. Silibus & nota disediakan untuk rujukan tenaga pengajar & ahli yang mengikuti seisi tersebut.
Kandungan / Silibus Kelas Asas Forex MOCfx 2009 :
1-Asas & Pengenalan Urusniaga Forex 2-Kalendar Ekonomi Dunia 3-Asas Penggunaan Platform Easy Forex & Metatrader 4-Pengenalan Pembelian Secara Minachi 5-Teknik II MOCfx & Pembelian Secara Minachi
MOCfx menyediakan insentif bulanan sebagai penghargaan kepada tenaga pengajar.
Ahli MOCfx yang berminat boleh memohon melalui e-mail : mocfx-pc09@onlinecafe.com.my & nyatakan pilihan kandungan / silibus kelas tersebut dan hari / masa untuk menjalankan kelas tersebut.
Pihak MOCfx akan memilih ahli MOCfx yang layak untuk memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar Kelas Asas Forex MOCfx 2009 & akan dimaklumkan di dalam forum.
Sekian, terima kasih. 67 Views | 0 Replies
|
|
|
by MOCfx-PC09 on June 07, 2009, 11:25:57 AMSalam,
MOCfx PC09 secara face to face / offline akan diadakan untuk Zon Utara & Zon Tengah pada Jun 2009 khas untuk ahli MOCfx. Ianya secara PERCUMA. Tarikh & masa bergantung kepada penambahan pendaftaran akaun baru EF [ dengan deposit minimum USD 300 untuk bulan Jun 2009 ] di kedua-dua zon.
Bagi Zon Utara, sejumlah 2 pendaftaran akaun baru EF [ dengan deposit minimum USD 300 ] diperlukan bagi diadakan MOCfx PC09 @ Zon Utara Jun 2009. Apabila jumlah tersebut mencukupi pihak MOCfx akan mengumumkan tarikh, masa & lokasi MOCfx PC09 @ Zon Utara.
Manakala Zon Tengah memerlukan sekurang-kurangnya 1 pendaftaran akaun baru EF [ deposit minimum USD 300 ] bagi diadakan MOCfx PC09 @ Zon Tengah Jun 2009. Apabila jumlah tersebut mencukupi pihak MOCfx akan mengumumkan tarikh, masa & lokasi MOCfx PC09 @ Zon Tengah.
**Untuk seisi live trading @ Zon Utara & Tengah Jun 2009 memerlukan penambahan pendaftaran akaun baru EF [ dengan minimum deposit USD 300 ] berjumlah 4 di setiap zon.
Maklumat lanjut / pendaftaran sila hubungi mocfx-pc09@onlinecafe.com.my
Tq
Wassalam
****Pihak MOCfx tidak mengambil sebarang deposit dari ahli. Deposit minimum USD 300 adalah dimasukkan ke akaun EF ahli. Harap maklum.
210 Views | 0 Replies
|
|
|
by Web Admin on June 07, 2009, 06:39:17 AMPemenang Keseluruhan MOC Fantasy Premier League 2008/09
Juara - Barangan Sukan Bernilai RM 500.00 Team : Jadilah Serigala / Manager : obim_517
N.Juara - Barangan Sukan Bernilai RM 300.00 Jenjarom1 / Manager : jenjarom
Ke-3 - Barangan Sukan Bernilai RM 200.00 Team : Suasupa / Manager : Beyourself
Hadiah Saguhati - Barangan Sukan Bernilai RM 50.00
Team : Forexjr FC / Manager : forexjr
Team : The Flyers / Manager : mohdjefri
Team : TRIXZ Football Team / Manager : kemay_007
Team : Maran FC / Manager : aqel00
Team : BigBoss FC / Manager : JinggoBro
Team : Naga Berapi 87 FC / Manager : Cucimanja
Team : Alengfx / Manager : Aleng84
Team : Field Hunter / Manager : Topetz
Team : Hamka United / Manager : Hamka
Team : Ran FC / Manager : Nakata
Team : Riquelme 77 FC / Manager : Irwandi 153 Views | 0 Replies
|
|
|
by MOCfx-PC09 on May 30, 2009, 05:14:13 PM Pihak MOCfx ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak mengambil sebarang deposit dari ahli kelab. Terdapat individu yang menggunakan nama MOCfx untuk mengutip dana / deposit / wang dari orang ramai untuk kepentingan sendiri.
MOCfx mengadakan kelas bimbingan forex kepada ahli kelab MOCfx sahaja secara PERCUMA. Tiada sebarang kelas berbayar untuk bukan ahli kelab. Jika terdapat sebarang kelas berbayar dari ahli kelab MOCfx atau pihak lain atas nama MOCfx, ianya bukan anjuran MOCfx.
MOCfx juga mengesan terdapat ahli kelab MOCfx yang menggunakan teknik MOCfx untuk mengadakan kelas berbayar. Seperti yang dinyatakan ianya bukan anjuran pihak kami & tiada kena mengena dengan pihak MOCfx.
Harap maklum.
201 Views | 0 Replies
|
|
|
by sUrELaRiS on May 24, 2009, 09:32:12 AMPENTING: Utk pengaktifan ahli MOCfx, sila emailkan kepada surelaris@forexmalaysia.com.my Data-data yg diperlukan adalah seperti dibawah:-
ID Forum MOC: ID EasyForex : Jumlah deposit: Tarikh deposit: Deposit melalui : CC/DC/TT
* CC = Credit Card, DC = Debit Card, TT = Wire Transfer
Harap maklum. 224 Views | 0 Replies
|
|
|
by MOCfx-PC09 on May 17, 2009, 05:21:06 AMSalam buat semua,
Saya ingin maklumkan tentang prosedur pelaksanaan & penyertaan MOCfx PC'09. Untuk diadakan MOCfx PC09 di lokasi tertentu secara face to face, syarat utama adalah :
1-Pendaftaran akaun baru EF ( di bawah link Kelab MOCfx ) dengan DEPOSIT MINIMUM USD 300. *MOCfx tidak akan mengadakan sebarang seisi MOCfx PC09 kepada bukan ahli & ahli yang hanya membuka akaun EF tanpa deposit minimum USD300 tidak layak untuk memohon menyertai MOCfx PC09.
2-Untuk diadakan MOCfx PC09 secara face to face memerlukan JUMLAH MINIMUM 5 AHLI BARU YANG CUKUP SYARAT (1) di atas & mereka berada di lokasi berhampiran atau zon yang sama.
Apabila MOCfx PC09 dipersetujui antara ahli baru & tenaga pengajar dari segi tarikh, masa & lokasi, pihak MOCfx akan memaklumkan di dalam forum MOC. Ahli-ahli lama yang ingin turut serta dialu-alukan. Jumlah penyertaan setiap seisi mestilah sekurang-kurang 5 ahli baru & boleh dicadangkan untuk seisi ulangan MOCfx PC09 di lain masa.
MOCfx PC09 khas untuk ahli MOCfx sahaja & ianya secara PERCUMA.
**Mana-mana lokasi @ zon yang mempunyai pendaftaran sekurang-kurangnya 10 akaun baru EF dengan deposit minimum USD 300, pihak MOCfx menawarkan seisi live trading khasnya untuk penggunaan Teknik MOCfx - Teknik II, VIII, VIII v2, V:NFP & Price Dara.
3-Jika jumlah tidak mencapai sekurang-kurangnya 5 ahli baru di satu-satu lokasi, pihak MOCfx menyediakan MOCfx PC 09 secara online kepada ahli baru yang yang layak menggunakan Yahoo Messenger, Skype atau Chatroom MOCfx. Setiap ahli yang layak akan diletakkan di bawah pengawasan beberapa tenaga pengajar yang dilantik oleh Surelaris.
Sebarang pertanyaan / pendaftaran MOCfx PC09 : mocfx-pc09@onlinecafe.com.my
Wassalam
MOCfx PC09
233 Views | 0 Replies
|
|
|
|
|
|
|